Blogger news

Pages

Follow on G+

Wednesday 19 March 2014

Pelik Tapi Benar | Inilah Akibat Bila Ferrari Habis Minyak

Pelik Tapi Benar | Inilah Akibat Bila Ferrari Habis Minyak | Pernahkah kita terpikir atau terbayang bagaimana dan apakah terjadi apabila kereta Ferrari kehabisan minyak??? 



Tambahan lagi bila kereta Ferrari tu kehabisan minyak di tengah tengah bandar yang tengah sesak dengan kereta yang lain... 


Tolak jangan tak tolak ye brader.. Siapa suruh tak nak isi minyak awal awal... Hahaha



Tapi apa yang pelik tapi benar nya, kereta yang dilanggar tu yang terlebih kemek... 


Pelik tapi benar kan... Hanya terkoyak sikit saja kereta ferrari tersebut.. 






Tuesday 18 March 2014

Tunjuk Kemaluan | Lelaki Bengong Tunjukkan Kemaluan Pada Wanita

Tunjuk Kemaluan | Lelaki Bengong Tunjukkan Kemaluan Pada Wanita| Agaknya kalau lelaki ini buat perangai kat Malaysia, negara yang aman dan terkenal dengan kesopanan dan kesantunan, dah lama lelaki ni kena sula..




Lama lama admin tengok dah macam belalai anak gajah.. Haha. Bongok lelaki ni kan... 



Sunday 16 March 2014

Wanita Bengong | Tunjuk Kemaluan Di Majlis Konvokesyen

Wanita Bengong | Tunjuk Kemaluan Di Majlis Konvokesyen| Macam macam hal kan kalau di negara barat... Memang tak ada adat dan tak tahu malu... 
TRIBUNNEWS.COM - Orangtua pelajar di Lake Norman High School, North Carolina, Amerika Syarikat (AS) marah besar setelah seorang pelajar mengangkat skirt  dan memperlihatkan organ genitalnya di foto buku tahunan. Demikian dilansir Daily Maill.
Si gadis, yang namanya tak disebutkan itu, mengangkat skirt di antara gadis-gadis lainnya yang duduk di deretan depan. Foto itu disebut porno oleh orangtua pelajar di sekolah itu dan baru diketahui setelah orangtua mendapatkan satu majalah dengan bayaran 100 dollar .


Satu di antara orangtua pelajar melihat foto gadis yang baru berusia 18 tahun ketika foto itu diambil. "Saya baru tahu saat anak saya melihatnya. Saya merasa sangat marah," ujar perempuan yang menolak disebutkan namanya saat diwawancarai WSOC-TV.
Satu dari orangtua pelajar mulai mengirimkan SMS satu sama lain ketika buku tahunan itu dipublikasikan. "Orang-orang saling mengirimkan SMS agar melihat ke halaman 14," katanya, sembari menambahkan jika di masa mendatang hal itu tak terjadi lagi.
Sumber borak kosong
Pesanan admin: jangan tiru perangai yang tidak senonoh dari negara barat... Sebab mereka tidak mempercayai agama... 

Wanita Bengong | Mandi Bogel Dalam Mesin Basuh

Wanita Bengong | Mandi Bogel Dalam Mesin Basuh| Mungkin bengong la perkataan yang lebih sesuai untuk wanita ini...


Admin pelik kenapa dia terpikir nak mandi dalam mesin basuh sambil berbogel... Hemmm..!! Macam macam... 

Saturday 15 March 2014

Cerita MH370 | Permainan Video Untuk Bomoh Negara

Cerita MH370 | Permainan Video Untuk Bomoh Negara| Bukan main terkenal lagi bomoh negara kita kan... Sehinggakan bomoh tersebut berada dalam permainan video... 


Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan tindakan sensasi bomoh Ibrahim Mat Zin yang dilihat kononnya mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat berkenaan kini dijadikan satu permainan video. Permainan yang muncul semalam, dinamakan 'BOMOH'.

Sumber Yahoo news... 

Nota kaki: Admin tak tahu nak bangga atau nak malu terhadap perbuatan beliau... Kalau anda semua rajin, sila search parodi tentang bomoh yang dikatakan berdayung seakan akan mencontohi cerita klasik, P Ramlee Laksamana Do Re Mi... Hehehe

Pelakon Jelita Nora Danish | Sambut Ulang Tahun Di Kelab Malam

Pelakon Jelita Nora Danish | Sambut Ulang Tahun Di Kelab Malam| Admin pun tak pasti, apakah menjadi satu kesalahan menyambut ulang tahun kelahiran di dalam kelab malam?? Kesian kat pelakon Jelita ni, Nora Danish... Dah lah sambut ulang tahun tanpa suami... Admin pon boleh temankan beliau... Takde masalah.. Kekekeke...





13 Mac – Pelakon jelita, Nora Danish menafikan dakwaan yang mengatakan dia menyambut hari jadinya yang ke-32 di sebuah kelab malam di Bandar Utama, Selangor dan telah berjaya meloloskan diri apabila kelab malam tersebut diserbu pihak berkuasa.

"Saya tidak pernah berselindung malah apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.

"Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera nama para jemputan.

"Justeru, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-laman sosial," katanya kepada Kosmo!

Ibu kepada seorang anak itu menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan telah menyewa sebuah bilik bernilai RM5,000 di sebuah kelab malam mewah untuk meraikan hari jadinya bersama teman, namun sempat meloloskan diri sebaik pihak berkuasa menyerbu premis yang tidak berlesen itu.


Sumber: news yahoo...

Apa yang penting.. 'KITA ENJOY'!!!! 

Friday 14 March 2014

Cerita MH370 | Raja Bomoh Sama Pihak Yang Cakap Dia Sesat

Cerita MH370 | Raja Bomoh Saman Pihak Yang Cakap Dia Sesat| Mustahil kalau korang semua tidak tahu tentang Raja Bomoh yang membantu mengesan kapal terbang MH370 yang hilang tu... Baca selanjutnya...

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.
Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.
“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.
“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.
Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.
Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.
Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.
"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.
Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.
Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.
Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. - 14 Mac, 2014.
Kata admin: Kalau betul hang hebat, tak usah menunjuk nunjuk... Tak perlu datang ke KLIA tuk buat ritual... Dari dalam rumah pon sudah memadai... Kata bomoh, mesti pandai kan... Nanti riak, jadi syirik kecil pulak kan... 

Cerita MH370 | Penyanyi Yuna Berkongsi Kesedihan

Cerita MH370 | Penyanyi Yuna Berkongsi Kesedihan| Lagi cerita tentang kehilangan MH370... Disini admin berkongsi cerita tentang kehilangan MH370 sejak seminggu lalu... 


Penyanyi Yunalis Zarai berkongsi kesedihan dan bersimpati pada ahli keluarga dan krew pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang kini masih hilang.

“Bagi saya, ini merupakan perkara yang kita memang tak mahu berlaku. Begitupun, ini semua kuasa Allah. Saya pasti, pihak Malaysia Airlines dan kerajaan sedang melakukan segala yang terdaya untuk menjayakan operasi mencari dan menyelamat. Apa yang kita boleh buat sebagai rakyat Malaysia, sebagai sebuah keluarga besar adalah mendoakan yang terbaik untuk mangsa dan ahli keluarga serta sahabat taulan mereka,” ujar Yuna.

Tambah Yuna lagi, dia seperti juga semua rakyat Malaysia berkongsi kesedihan atas tragedi itu.

“Saya memang sedih dan bersimpati. Malaysia Airlines merupakan sebuah syarikat penerbangan yang kita semua sayang dan banggakan. Banyak kenangan saya bersama syarikat penerbangan utama negara itu, sedari kecil saya terbang dengan MAS dan sehingga hari ini, mereka banyak memberi sokongan kepada perkembangan karier saya di Amerika Syarikat, walaupun sebelum saya dilantik sebagai duta media sosial mereka lagi”, ulasnya. 

Yuna sebelum ini ada berkongsi status di laman Twitter yang menyatakan bahawa dia sering melalui haluan sama yang digunakan saat MH370 hilang. Kata Yuna lagi, hatinya bertambah sayu apabila menyoroti satu persatu wajah krew kabin yang hilang kerana ada antara mereka yang dia kenali dan pernah beramah mesra saat menggunakan laluan tersebut.


Yahoo news.. 

Thursday 13 March 2014

Berita Terkini MH370 | Taklimat Untuk Keluarga Mangsa MH370

Berita Terkini MH370 | Taklimat Untuk Keluarga Mangsa MH370| Seluruh rakyat Malaysia pasti tahu berita mengenai kehilangan kapal terbang MH370 pada minggu lepas... Boleh dikatakan seluruh dunia tertumpu kepada Malaysia tentang kes ini... Inilah berita terkini tentang MH370... 

Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 malam ini diberi taklimat kira-kira tiga jam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhubung operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu yang hilang sejak Sabtu lepas, di hotel The Everly.
Pihak media yang menghidu kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Datuk Ahmad Fuzi Ab Kahar mula berkumpul di lobi hotel itu kerana tertanya-tanya mengapa taklimat diberikan hampir lewat malam bermula 11 malam, yang bukan kebiasaan sejak anggota keluarga penumpang ditempatkan di hotel itu.
Anggota keluarga yang menghadiri taklimat itu tidak bercakap kepada media selepas taklimat itu.
Selamat Omar, seorang daripada anggota keluarga penumpang MH370 yang meninggalkan majlis taklimat itu lebih awal semasa ditanya pemberita berkata,  taklimat itu lebih menjurus kepada perkembangan operasi SAR.
"Benda biasalah," katanya kepada pemberita yang dilihat seolah-olah seperti sudah tidak berminat untuk menghadiri taklimat yang dianggapnya sama seperti taklimat-taklimat sebelum ini.
Ahmad Fuzi pula semasa ditanya pemberita mengenai penganjuran taklimat pada malam hari, enggan memberi kenyataan kepada media.
Beberapa pegawai yang mengiringi beliau cuba menghalang pemberita daripada mendekati Ahmad Fuzi dengan memberi alasan sidang media akan diadakan esok. – Bernama, 13 Mac, 2014.

#prayforMH370