Blogger news

Pages

Follow on G+

Friday 14 March 2014

Cerita MH370 | Penyanyi Yuna Berkongsi Kesedihan

Cerita MH370 | Penyanyi Yuna Berkongsi Kesedihan| Lagi cerita tentang kehilangan MH370... Disini admin berkongsi cerita tentang kehilangan MH370 sejak seminggu lalu... 


Penyanyi Yunalis Zarai berkongsi kesedihan dan bersimpati pada ahli keluarga dan krew pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang kini masih hilang.

“Bagi saya, ini merupakan perkara yang kita memang tak mahu berlaku. Begitupun, ini semua kuasa Allah. Saya pasti, pihak Malaysia Airlines dan kerajaan sedang melakukan segala yang terdaya untuk menjayakan operasi mencari dan menyelamat. Apa yang kita boleh buat sebagai rakyat Malaysia, sebagai sebuah keluarga besar adalah mendoakan yang terbaik untuk mangsa dan ahli keluarga serta sahabat taulan mereka,” ujar Yuna.

Tambah Yuna lagi, dia seperti juga semua rakyat Malaysia berkongsi kesedihan atas tragedi itu.

“Saya memang sedih dan bersimpati. Malaysia Airlines merupakan sebuah syarikat penerbangan yang kita semua sayang dan banggakan. Banyak kenangan saya bersama syarikat penerbangan utama negara itu, sedari kecil saya terbang dengan MAS dan sehingga hari ini, mereka banyak memberi sokongan kepada perkembangan karier saya di Amerika Syarikat, walaupun sebelum saya dilantik sebagai duta media sosial mereka lagi”, ulasnya. 

Yuna sebelum ini ada berkongsi status di laman Twitter yang menyatakan bahawa dia sering melalui haluan sama yang digunakan saat MH370 hilang. Kata Yuna lagi, hatinya bertambah sayu apabila menyoroti satu persatu wajah krew kabin yang hilang kerana ada antara mereka yang dia kenali dan pernah beramah mesra saat menggunakan laluan tersebut.


Yahoo news.. 

No comments: