Blogger news

Pages

Follow on G+

Sunday 26 January 2014

Cium Mulut | Arak Ibu Maksiat

Cium Mulut | Arak Ibu Maksiat| Inilah sebabnya kenapa kita orang Islam diharamkan meminum arak... Sebabnya arak ibu maksiat... Bayangkan lelaki ni boleh cium mulut pondan.. Dia sapu je...

 dah mabuk mat pun berpinar...syok ...

nasib baik ada kawan tegur...

mamat tu marah pasal member kacau daun...

 Apalagi member kena tengking dan suruh mamat ni bukak mata...


P/s: Nampak sangat jantan kan... Hahaha


Tuesday 21 January 2014

Hukuman Mahkamah | Nenek Tua Mengaku Bersalah Curi Ubi Kayu


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Thursday 16 January 2014

Kad Pengenalan Khas | Untuk Penjawat Awam

Kad Pengenalan Khas | Untuk Penjawat Awam| Diberitakan bahawa tak lama lagi para penjawat awam akan mempunyai kad pengenalan khas... Sama seperti kad pengenalan untuk anggota tentera dan juga polis... 

Berita dipetik melalui Sinar Harian Online... Hemmm... Ke'rasional'annya masih belum jelas... Tapi kalau buat khas untuk penjawat awam aku setuju je... Eh..!! Mana satu aku ni... Hahaha.. Aku pon tak paham... Jom baca lagi berita selanjutnya... 

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini melancarkan kad pengenalan seragam bersekuriti tinggi untuk semua kakitangan kerajaan sebagai langkah mengelakkan penyamaran dan pemalsuan dokumen pengenalan penjawat awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun semasa melancarkan kad itu di sini, berkata, selain menyimpan data peribadi dan rekod penjawat awam, kad itu menggunakan teknologi ID forensik untuk mengelakkan kecurian dan pemalsuan identiti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kad yang dibangunkan secara bersama oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan S5 Systems Berhad itu dilengkapi 35 ciri keselamatan dan menggunakan teknologi NexCode, Contactless Chip dan Biometric untuk mengesan identiti individu.



Kad itu juga mempunyai potensi untuk diperluaskan penggunaannya bagi urusan perniagaan dan perbankan pada masa depan, dan juga untuk mendapatkan keistimewaan khas penjawat awam seperti potongan harga penginapan hotel, katanya.

Joseph berkata kad itu kini digunakan oleh 650 kakitangan SPA, dan akan diperluas penggunaannya kepada kakitangan kementerian dan agensi lain secara berperingkat, terpulang kepada kesediaan mereka menggunakannya.

Joseph berkata kos untuk menyiapkan kad itu adalah RM15 sekeping dan mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk disiapkan.

Katanya kad pengenalan diri yang digunakan kakitangan kerajaan kini berbeza antara kerajaan dengan kerajaan dan agensi dengan agensi.

"Buat masa ini pengeluaran kad dan dokumen berkaitan identiti penjawat awam ini tidak dikawal dan ia dapat dicetak dengan mudah. Tiada agensi khusus yang memantau.

"Ciri-ciri keselamatan yang digunakan di kebanyakan kad atau dokumen amat rendah dan boleh ditiru dengan mudah. Ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk mengecam dan mengesahkan identiti seseorang penjawat awam dan boleh membawa kepada masalah pemalsuan identiti dan dokumen," katanya.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam. - Bernama

P/S: Kalau betul jadi benda ni, guna duit lagi... Hemmm... Tu belum cerita pasal kad hilang... Tak tahu berapa ribu kena bayar lagi... Pening..!!


Tips Bersihkan Telefon Yang Kotor | Semoga Berjaya

Tips Bersihkan Telefon Yang Kotor | Semoga Berjaya| Disini aku nak kongsikan dengan anda semua beberapa tips yang berguna untuk membersihkan telefon yang kotor... Semoga berjaya... Hehehe

Langkah Pertama.. Ini antara bahan bahan pembersihan... 


Langkah 2


Langkah 3.. Jeng jeng jeng... 


Langkah 4


Langkah 5


Langkah 6


Langkah 7


Setel dah,,, jom tengok hasilnya...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Taraaaaa... Semoga berjaya... 


Tapi jangan buat iphone korang macam ni... Alamatnya, jahanam... hahaha

sumber borak kosong.

Gambar Kelakar | Patutlah Ramai Yang Berteduh

Gambar Kelakar | Patutlah Ramai Yang Berteduh| Admin rasa pelik kenapa ramai yang berteduh kat bawah tu... Bila diamati, memang wajarlah ramai yang berteduh kat situ.. Sebab patung perempuan tu memang seksi... Seorang perempuan yang menghalang skirtnya dari di tiup angin sampai menampakkan seluar dalamnya.. 



Hahahaha... Gambar Kelakar | Patutlah ramai yang berteduh..

sumber gambar: borak kosong

Gambar Seksi | Lelaki Bangga Aweknya Berpakaian Seksi

Gambar Seksi | Lelaki Bangga Aweknya Berpakaian Seksi| Pelik... Tu je kata-kata yang dapat aku perkatakan terhadap seorang lelaki ni.. Dia cukup berbangga bila dia dapat berjalan seiringan dengan aweknya yang cukup seksi... 


Bangga ke bila awek tu jadi tontonan orang ramai.. Dikhabarkan gambar ini diambil dari negara China. Pelik tapi benar kan...









Ape perasaan korang semua bila berjalan dengan perempuan yang seksi? Bangga juga seperti brader dalam gambar ni???

sumber borak kosong..

Seram Dan Kelakar | Gambar Kubur Yang Seksi

Seram Dan Kelakar | Gambar Kubur Yang Seksi| Gambar ni diberikan oleh seorang member lama melalui email... Dan ternyata gambar ni sangat seksi... Walau pon seksi sangat gambar kubur ni tapi tetap menyeramkan... Persoalannya, apakah ini gambar seorang perempuan atau lelaki?? 


Kalau difikirkan secara logik, mungkin ini adalah kubur seorang perempuan yang menggambarkan penghuni kubur tersebut... Tapi, kalau difikirkan dari sudut yang lain, mungkin penghuni kubur ni adalah lelaki dan perempuan ni simbolik tanda kasih sayang... Betul atau tak???



Korang layan kan je la gambar yang Seram Dan Kelakar | Gambar Kubur Yang Seksi...


Wednesday 15 January 2014

KANGKUNG??? | Apedehal Dengan Kangkung???

Baru-baru ni kecoh betol dengan kangkung...Sangat gila isu semasa 2-3 hari ni. Semua laman2 sosial pasti update cerita kangkung. Siap macam-macam troll dah orang buat. Tak pasti sama ada serius ke hanya sekadar berlawak.....

Gara-gara kenyataan kontroversi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai harga kangkung yang turun di pasaran menyebabkan beliau bukan sahaja dikritik hebat oleh rakyat bahkan turut mendapat liputan media antarabangsa.
Portal berita online BBC melalui kolum "‪#‎BBC‬ Trending: Be careful what you say about spinach" (berhati-hati apa yang anda katakan tentang kangkung) menyiarkan, semenjak video kenyataan Najib itu dimuat naik, ia telah dijadikan bahan lawak dan antara topik hangat dibincangkan dalam laman sosial.
Dalam portal tersebut menyifatkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan memuncak apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan tidak sensitif tatkala kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti gula dan tarif elektrik di Malaysia.
"Dikala kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana kenaikan harga dalam perkara asas seperti bahan api dan elektrik, perdana menteri memilih untuk bercakap mengenai penurunan harga kangkung sebagai contoh bahawa tidak semua harga naik di Malaysia.
"Ia telah menyebabkan Najib dikritik hebat apabila rakyatnya bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, namun terpaksa melihat korupsi dan perbelanjaan mewah kerajaan Malaysia, " seperti yang dipetik dalam portal tersebut.
Selain itu, BBC turut melaporkan bahan lawak kangkung juga menjadi satu fenomena apabila ribuan telah memberi komen di laman sosial seperti di Twitter, manakala di Facebook pula, laman akaun ditubuhkan dengan pengikutnya mencecah 10,000 orang.
Tambah portal itu, ekoran daripada reaksi luar biasa rakyat ke atas isu tersebut juga menyaksikan video ucapan Najib diubah menjadi lagu, dan lebih dari itu Tshirt tertera 'Keep Calm and Eat Kangkung' telah dihasilkan.
Portal itu juga berkata tindakan Najib itu dilihat memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama rakyat mentertawakan kerajaan.
Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014, mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik, tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.
"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.
"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.
Video yang tersebar luas tersebut boleh ditonton di sini.
Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.
Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat. – The Malaysian Insider, 15 Januari, 2014.

http://www.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815

Gambar Orang Dibelasah | Dibelasah Kerana Mencuri

Gambar Orang Dibelasah | Dibelasah Kerana Mencuri| Kadang kadang kita rasa kesian bile tengok orang kena belasah sampai teruk... Tapi kalau kita pulak yang kena curi, hati panas je... Sampai nak belasah orang tu sampai lunyai... 

Pemuda ini sempat di tangkap oleh penduduk kampung
ketika cuba mencuri di rumah mangsa letupan gunung Merapi yang dikosongkan buat sementara
waktu.Kejadian ini membuat penduduk merasa marah lalu membelasah pemuda
tersebut dan nasibnya baik kerana pihak polis sempat menyuraikan penduduk
daripada terus membelasah pemuda tersebut yang mengambil kesempatan
dengan ketiadaan penghuni rumah.Kejadian ini berlaku di Desa Kepoharjo, Sleman, Yogyakarta.








bukan setakat orangnya yang dibelasah,motor pencuri itu 
pun turut hancur...Inilah akibat suka mengambil kesempatan
atas kesusahan orang lain.

Itulah pentingnya perlaksanaan hukum hudud kan... 

Monday 6 January 2014

Cara Berwuduk Yang Betul | Perkongsian Ilmu

Cara Berwuduk Yang Betul | Perkongsian Ilmu| Kali ini SokSek ingin berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian tentang Cara Berwuduk Yang Betul | Perkongsian Ilmu... Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca dan juga SokSek sendiri...





1. Ketika berkumurberniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap  benda-benda yang tak berfaedah. 



2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih  berseri-seri. 

3. Ketika membasuh tangan kananberniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 :
 Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan . 

4.. Ketika membasuh tangan kiriberniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 :
 Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri . 

5. Ketika membasuh kepalaberniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 :
 Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 

6. Ketika membasuh telingaberniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 :
 Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll. 

7. Ketika membasuh kaki kananberniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 :
 Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali. 

8. Ketika membasuh kaki kiriberniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 :
 Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri


Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? 
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? 

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?


Wasallam.