Blogger news

Pages

Follow on G+

Thursday 16 January 2014

Kad Pengenalan Khas | Untuk Penjawat Awam

Kad Pengenalan Khas | Untuk Penjawat Awam| Diberitakan bahawa tak lama lagi para penjawat awam akan mempunyai kad pengenalan khas... Sama seperti kad pengenalan untuk anggota tentera dan juga polis... 

Berita dipetik melalui Sinar Harian Online... Hemmm... Ke'rasional'annya masih belum jelas... Tapi kalau buat khas untuk penjawat awam aku setuju je... Eh..!! Mana satu aku ni... Hahaha.. Aku pon tak paham... Jom baca lagi berita selanjutnya... 

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini melancarkan kad pengenalan seragam bersekuriti tinggi untuk semua kakitangan kerajaan sebagai langkah mengelakkan penyamaran dan pemalsuan dokumen pengenalan penjawat awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun semasa melancarkan kad itu di sini, berkata, selain menyimpan data peribadi dan rekod penjawat awam, kad itu menggunakan teknologi ID forensik untuk mengelakkan kecurian dan pemalsuan identiti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kad yang dibangunkan secara bersama oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan S5 Systems Berhad itu dilengkapi 35 ciri keselamatan dan menggunakan teknologi NexCode, Contactless Chip dan Biometric untuk mengesan identiti individu.



Kad itu juga mempunyai potensi untuk diperluaskan penggunaannya bagi urusan perniagaan dan perbankan pada masa depan, dan juga untuk mendapatkan keistimewaan khas penjawat awam seperti potongan harga penginapan hotel, katanya.

Joseph berkata kad itu kini digunakan oleh 650 kakitangan SPA, dan akan diperluas penggunaannya kepada kakitangan kementerian dan agensi lain secara berperingkat, terpulang kepada kesediaan mereka menggunakannya.

Joseph berkata kos untuk menyiapkan kad itu adalah RM15 sekeping dan mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk disiapkan.

Katanya kad pengenalan diri yang digunakan kakitangan kerajaan kini berbeza antara kerajaan dengan kerajaan dan agensi dengan agensi.

"Buat masa ini pengeluaran kad dan dokumen berkaitan identiti penjawat awam ini tidak dikawal dan ia dapat dicetak dengan mudah. Tiada agensi khusus yang memantau.

"Ciri-ciri keselamatan yang digunakan di kebanyakan kad atau dokumen amat rendah dan boleh ditiru dengan mudah. Ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk mengecam dan mengesahkan identiti seseorang penjawat awam dan boleh membawa kepada masalah pemalsuan identiti dan dokumen," katanya.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam. - Bernama

P/S: Kalau betul jadi benda ni, guna duit lagi... Hemmm... Tu belum cerita pasal kad hilang... Tak tahu berapa ribu kena bayar lagi... Pening..!!


No comments: