Blogger news

Pages

Follow on G+

Monday 6 January 2014

Cara Berwuduk Yang Betul | Perkongsian Ilmu

Cara Berwuduk Yang Betul | Perkongsian Ilmu| Kali ini SokSek ingin berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian tentang Cara Berwuduk Yang Betul | Perkongsian Ilmu... Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca dan juga SokSek sendiri...





1. Ketika berkumurberniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap  benda-benda yang tak berfaedah. 



2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih  berseri-seri. 

3. Ketika membasuh tangan kananberniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 :
 Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan . 

4.. Ketika membasuh tangan kiriberniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 :
 Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri . 

5. Ketika membasuh kepalaberniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 :
 Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 

6. Ketika membasuh telingaberniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 :
 Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll. 

7. Ketika membasuh kaki kananberniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 :
 Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali. 

8. Ketika membasuh kaki kiriberniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 :
 Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri


Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? 
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? 

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?


Wasallam. 

No comments: